Welcome to my world....... A blog of my heart. The next time you are on your keyboard, do browse thru' my blog and find the time to read my posts. . Comments and opinions are most appreciated.......Thanks for dropping by..

Wednesday, 25 April 2012

UMUR 40 TAHUN...


Umur Penentu?

Kebanyakan orang menyebut usia 40 tahun sebagai titik permulaan untuk berubah. Malah boleh dikatakan umur 40 tahun menjadi detik penentu hala tuju masa depan seseorang.  Ini adalah kerana usia 40 tahun adalah peringkat usia yang memang sudah cukup matang di sudut pemikiran, tindakan dan perubahan hingga membawa kepada natijah yang baik.

Usia tersebut juga elok diberi tumpuan untuk memperelokkan lagi apa-apa yang sudah pun sedia ada. “Tapi kalau pada usia 40 tahun baru hendak bermula, ia memerlukan kuasa penggerak yang sangat kuat lagi bertenaga. Mujur juga jika tercapai.  Bagaimana pula jika tenaga tidak mengizinkan?

Membanyakkan berbuat baik dan meninggalkan berbuat mungkar, permulaannya bukan pada titik usia 40 tahun.  Kalau hendak berpegang kepada teori barat Life begins at 40, jadikan usia itu sebagai titik mula untuk lebih memperkemaskan lagi apa yang sudah dibina.

Kata Imam al-Ghazali, tanda-tanda Allah lupakan kita ialah apabila kita sibuk kepada perkara yang tidak mendatangkan sebarang pulangan kepada kita.

Sabda Nabi saw, “ Manusia dihimpunkan di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai setitis mani, 40 hari segumpal darah, 40 hari sebagai seketul daging, 40 hari berikutnya ditentukan jantina, amalan, rezeki, syurga atau neraka.” Dan dihujung hadis tersebut Baginda saw mengingatkan, “Kamu kena ingat, ada di antara kamu yang beramal di dalam hidupnya sebagai seorang ahli syurga sehingga seorang ahli syurga melabelkan ahli syurga.  Tiba-tiba pada masa penghujung hidupnya, dia mula melakukan satu perkara yang Allah murka kepadanya menyebabkan ia mati dalam kemurkaan Allah.  Dan ada juga di kalangan kamu yang berlaku sebaliknya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Sekiranya telah dimulakan dengan baik itu, maka hendaklah kita teruskannya dan janganlah terpesong kepada sebaliknya.

No comments:

Post a Comment