Rasulullah saw telah
menunjukkan contoh yang terbaik dalam memuliakan dan menyayangi haiwan. Baginda sama sekali melarang penganiayaan dan kekejaman terhadap haiwan.
Walaupun ramai antara
kita yang menggemari haiwan dan memiliki haiwan peliharaan, tetapi kita sering
menganggap makhluk itu tidak penting.
Disebabkan rasa tidak penting itu, ada yang secara tidak sedar
menganiaya dan berlaku kejam terhadap makhluk ciptaan Allah itu.
Setengah orang
menjadikan haiwan peliharaan sebagai terapi.
Malah ramai yang menganggap haiwan kesayangan seperti sahabat baik yang
tidak pernah pandai mengkhianati atau menyinggung perasaan. Haiwan peliharaan seperti kucing, arnab,
anjing (bagi bukan Islam), dan haiwan eksotik yang lain seperti iguana yang
cukup popular dalam kalangan masyarakat.
Haiwan ini juga ada hak
tersendiri. Sebagai penjaga, ada hak dan etika yang perlu kita lunaskan
terhadap haiwan-haiwan tersebut. Jangan
pandang remeh tentang hal ini kerana Islam
sendiri tidak pernah memandang remeh terhadap tanggungjawab dan hak
terhadap haiwan. Rasulullah saw sendiri
menunjukkan kasih sayang terhadap makhluk tersebut. Dalam suatu riwayat diceritakan, suatu ketika
Baginda sanggup menggunting sebahagian serbannya kerana tidak sampai hati untuk
mengejutkan seekor kucing yang tidur di atas serban tersebut.
Etika atau adab yang
perlu dilaksanakan oleh manusia terdapat haiwan:
1.
Memberi makan dan minum apabila haiwan itu lapar.
Rasulullah saw pernah
mengingatkan dan sabdanya yang bermaksud, “ Pada setiap makhluk yang punya
perut, ada pahala.” Kata Rasulullah saw lagi, “Sayangilah makhluk yang ada di
muka bumi, maka segala yang ada di langit akan menyayangimu.” Baginda juga bersabda, “ Sesiapa yang tidak menyayangi, maka dia
tidak disayangi.” (HR Bukhari)
2.
Haiwan juga berhak diberi kasih sayang dan perhatian.
Pernah suatu ketika,
Rasulullah saw melihat sekumpulan orang menjadikan haiwan (burung) sebagai
sasaran anak panah. Maka Baginda berkata
yang bermaksud. “Allah swt mengutuk orang yang menjadikan makhluk bernyawa
sebagai sasaran.” Rasulullah saw juga pernah
melarang orang daripada mengurung haiwan dengan tujuan untuk membunuh
haiwan tersebut. Baginda pernah menegur
sahabat yang mengambil anak burung dari sarangnya dan Baginda melihat sang ibu
terbang ke sana sini mencari anaknya yang hilang. Baginda bersabda yang bermaksud, “ Siapa yang
menyakiti haiwan ini dengan mengambil anaknya?
Kembalikanlah ke tempatnya. (HR
Abu Daud.)
3.
Lakukan penyembelihan atau membunuh dengan cara baik.
Rasulullah saw bersabda
yang bermaksud. “ Sesungguhnya Allah swt telah mewajibkan berbuat baik terhadap
sesuatu. Apabila kamu membunuh, maka
bunuhlah dengan cara yang baik. Apabila
menyembelih, sembelihlah dengan baik.
Senangkanlah sembelihan kamu dengan kamu menajamkan pisau.” (HR Muslim.)
4.
Jangan menyeksa haiwan dengan apa cara sekali pun.
Dilarang sama sekali
menyeksa seperti mengurung, memukul, membakar atau tidak . memberinya makan minum. Rasulullah saw bersabda dengan maksud, “
Seorang perempuan masuk neraka kerana seekor kucing yang dikurungnya hingga
mati. Dia masuk neraka kerana tidak memberi
haiwan itu makan dan minum ketika dikurung dan juga tidak membiarkan kucing itu
makan serangga . (HR Bukhari).
5.
Haiwan yang ‘diharuskan’
dibunuh.
Jenis yang berbahaya.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud; “ 5
jenis haiwan berbahaya yang boleh dibunuh di tanah halal maupun haram, iaitu
ular, burung gagak berbelang putih hitam, tikus, anjing gila dan hudya. (HR
Muslim.) Hadis sahih yang lain juga ada
menyebut kala jengking.
6.
Boleh meletakkan cap pada telinga haiwan ternakan.
Rasulullah juga pernah
meletakkan cap pada haiwan dipeliharanya.
Suatu ketika, Rasulullah melihat seekor himar dicap pada kepala dan Baginda bersabda yang
bermaksud; “Allah mengutuk orang yang memberikan cap haiwan ini pada mukanya.”
(HR Muslim.)
7.
Melaksanakan kewajipan zakat haiwan ternakan.
Zakat yang harus
ditunaikan kepada binatang ternekan oleh penternaknya dan akan menambahkan
kemakmuran haiwan tersebut.
8. Tidak melalaikan ketaatan kepada Allah walaupun sibuk dengan haiwan ternakan.
Tidak lalai di dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah seperti solat 5 waktu. Haiwan ternakan dikategorikan dalam harta and Allah telah memberikan peringatan seperti firmanNya; " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-harta and anak-anak melalaikan kamu dari mengingati Allah." - surah al Munafiqun:9.
petikan: majalah AN-NUR
Kita perlu
ingat apabila kita aniaya haiwan, macam manakah kita hendak meminta maaf kepada haiwan tersebut? Perbuatan
kita itu tetap akan menjadi dosa. Ayat 1 dari surah al Hasyr, al Jumu'ah dan at Taghabun mengingatkan kita dengan maksudnya; " Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Mahaperkasa dan Mahabijaksana." Haiwan juga ada haknya di bumi ini......bunyi-bunyinya adalah caranya bertasbih kepada Allah swt...