Welcome to my world....... A blog of my heart. The next time you are on your keyboard, do browse thru' my blog and find the time to read my posts. . Comments and opinions are most appreciated.......Thanks for dropping by..

Tuesday, 6 March 2012

HAIWAN JUGA ADA HAKNYA...


Rasulullah saw telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam memuliakan dan menyayangi haiwan.  Baginda sama sekali melarang  penganiayaan dan kekejaman terhadap haiwan.                                                                                                                                                              
Walaupun ramai antara kita yang menggemari haiwan dan memiliki haiwan peliharaan, tetapi kita sering menganggap makhluk itu tidak penting.  Disebabkan rasa tidak penting itu, ada yang secara tidak sedar menganiaya dan berlaku kejam terhadap makhluk ciptaan Allah itu.  

Setengah orang menjadikan haiwan peliharaan sebagai terapi.  Malah ramai yang menganggap haiwan kesayangan seperti sahabat baik yang tidak pernah pandai mengkhianati atau menyinggung perasaan.  Haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, anjing (bagi bukan Islam), dan haiwan eksotik yang lain seperti iguana yang cukup popular dalam kalangan masyarakat.

Haiwan ini juga ada hak tersendiri. Sebagai penjaga, ada hak dan etika yang perlu kita lunaskan terhadap haiwan-haiwan tersebut.  Jangan pandang remeh tentang hal ini kerana Islam  sendiri tidak pernah memandang remeh terhadap tanggungjawab dan hak terhadap haiwan.  Rasulullah saw sendiri menunjukkan kasih sayang terhadap makhluk tersebut.  Dalam suatu riwayat diceritakan, suatu ketika Baginda sanggup menggunting sebahagian serbannya kerana tidak sampai hati untuk mengejutkan seekor kucing yang tidur di atas serban tersebut.
  
Etika atau adab yang perlu dilaksanakan oleh manusia terdapat haiwan:
1.   Memberi makan dan minum apabila haiwan itu lapar.
Rasulullah saw pernah mengingatkan dan sabdanya yang bermaksud, “ Pada setiap makhluk yang punya perut, ada pahala.” Kata Rasulullah saw lagi, “Sayangilah makhluk yang ada di muka bumi, maka segala yang ada di langit akan menyayangimu.”  Baginda juga bersabda,   “ Sesiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak disayangi.”  (HR Bukhari)

2.   Haiwan juga berhak diberi kasih sayang dan perhatian.
Pernah suatu ketika, Rasulullah saw melihat sekumpulan orang menjadikan haiwan (burung) sebagai sasaran anak panah.  Maka Baginda berkata yang bermaksud. “Allah swt mengutuk orang yang menjadikan makhluk bernyawa sebagai sasaran.” Rasulullah saw juga pernah  melarang orang daripada mengurung haiwan dengan tujuan untuk membunuh haiwan tersebut.  Baginda pernah menegur sahabat yang mengambil anak burung dari sarangnya dan Baginda melihat sang ibu terbang ke sana sini mencari anaknya yang hilang.  Baginda bersabda yang bermaksud, “ Siapa yang menyakiti haiwan ini dengan mengambil anaknya?  Kembalikanlah ke tempatnya.  (HR Abu Daud.)

3.   Lakukan penyembelihan atau membunuh dengan cara baik.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud. “ Sesungguhnya Allah swt telah mewajibkan berbuat baik terhadap sesuatu.  Apabila kamu membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang baik.  Apabila menyembelih, sembelihlah dengan baik.  Senangkanlah sembelihan kamu dengan kamu menajamkan pisau.” (HR Muslim.)

4.   Jangan menyeksa haiwan dengan apa cara sekali pun.
Dilarang sama sekali menyeksa seperti mengurung, memukul, membakar atau tidak .  memberinya makan minum.  Rasulullah saw bersabda dengan maksud, “ Seorang perempuan masuk neraka kerana seekor kucing yang dikurungnya hingga mati.  Dia masuk neraka kerana tidak memberi haiwan itu makan dan minum ketika dikurung dan juga tidak membiarkan kucing itu makan serangga . (HR Bukhari).

5.   Haiwan yang ‘diharuskan’  dibunuh.
Jenis yang berbahaya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud; “  5 jenis haiwan berbahaya yang boleh dibunuh di tanah halal maupun haram, iaitu ular, burung gagak berbelang putih hitam, tikus, anjing gila dan hudya. (HR Muslim.)  Hadis sahih yang lain juga ada menyebut kala jengking.

6.   Boleh meletakkan cap pada telinga haiwan ternakan.
Rasulullah juga pernah meletakkan cap pada haiwan dipeliharanya.  Suatu ketika, Rasulullah melihat seekor himar dicap  pada kepala dan Baginda bersabda yang bermaksud; “Allah mengutuk orang yang memberikan cap haiwan ini pada mukanya.” (HR Muslim.)

7.   Melaksanakan kewajipan zakat haiwan ternakan.
Zakat yang harus ditunaikan kepada binatang ternekan oleh penternaknya dan akan menambahkan kemakmuran haiwan tersebut. 

        8. Tidak melalaikan ketaatan kepada Allah walaupun sibuk dengan haiwan ternakan. 
Tidak lalai di dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah seperti solat 5 waktu. Haiwan ternakan dikategorikan dalam harta and Allah telah memberikan peringatan seperti firmanNya; " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-harta and anak-anak melalaikan kamu dari mengingati Allah." - surah al Munafiqun:9.

 
petikan: majalah AN-NUR 

Kita perlu ingat apabila kita aniaya haiwan, macam manakah kita hendak meminta maaf kepada haiwan tersebut? Perbuatan kita itu tetap akan menjadi dosa.  Ayat 1 dari surah al Hasyr, al Jumu'ah dan at Taghabun mengingatkan kita dengan maksudnya; " Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada  Allah; dan Dialah Yang Mahaperkasa dan Mahabijaksana." Haiwan juga ada haknya di bumi ini......bunyi-bunyinya adalah caranya bertasbih kepada Allah swt...


No comments:

Post a Comment