Welcome to my world....... A blog of my heart. The next time you are on your keyboard, do browse thru' my blog and find the time to read my posts. . Comments and opinions are most appreciated.......Thanks for dropping by..

Monday, 30 April 2012

Kisah hidup...


Aku,
Lelaki
Dan Cinta....

Kisah seorang isteri yang kecewa dengan perangai suaminya yang lebih mementingkan kerjaya, keretanya dan ada pula menyimpan kekasih lain. Merasakan dirinya bermadu dengan kereta dan peranannya hanyalah sebagai  pengasuh kepada anak-anaknya. Setiap kali si isteri membuka mulut ingin meluahkan perasaan dan ingin mengingatkan kembali harapan-harapan yang mereka sulam sebelum berkahwin, si suami akan meninggikan suara dengan berkata “ Apa lagi ni..apa lagi yang tak cukup?”  Si isteri akan menangis, makan hati, rasa seperti pengemis cinta kepada orang yang sepatutnya memberi cintanya kepadanya dengan hati terbuka.

Si suami akan menjauhkan diri apabila menjawab telefon dan bercakap lama.  Suatu hari si isteri telah membuka handset si suami dan memanggil nombor yang paling banyak di buat oleh si suami.  Ternyata si suami ada menyimpan kekasih di luar.

Selepas menghantar anak ke sekolah, si isteri telah memandu tanpa hala tuju dan berhenti di R&R.  Meletak kereta berdekatan dengan surau dan terus masuk ke surau, menangis teresak-esak.  Tiba-tiba dia ditanya oleh seseorang kenapa bersedih.  Tanpa segan silu, dia meluahkan isi hatinya kepada orang itu.

“Jadi Ima harapkan suami dapat memberikan kebahagiaan dan cinta?”  Jawah Ima, “ Ya kak.  Dia segala-galanya bagi saya.”

“Bagaimana mungkin, Ima.  Suami Ima, atau mana-mana manusia tidak mungkin mampu memberikan kebahagiaan dan cinta.  Untuk dirinya sendiri pun dia mengharapkannya dari orang lain.”  Jawab kakak itu.

“Kenapa kakak kata begitu? Kakak tak kenal suami saya.” Tanya Ima.

“Kakak tak kenal suami Ima,  Tapi tidak banyak bezanya dengan manusia lain.  Kenapa dia ada wanita lain?  Kerana dia juga mengharapkan kebahagiaan itu diberi oleh orang lain.  Dia pun tak dapat bahagiakan diri sendiri..kenapa Ima letakkan seluruh harapan pada dia?  Soal material mungkin dia boleh berikan.  Tapi soal bahagia dan cinta adalah soal hati.”

“Habis, saya tidak akan bahagia dengan suami?” Tanya Ima.

“Boleh.  Tapi mintalah bahagia itu daripada Pemilik cinta dan bahagia.”

“Maksud kakak?”

“Ima, cuba jawab soalan kakak.  Di mana Ima letakkan Allah dalam pencarian cinta Ima?  Selama ini, suami atau Allah yang lebih Ima utamakan?  Jika Pemilik cinta diketepikan, peminjam cinta dijulang-julang, bagaimana kita dapat berasa bahagia?  Hati kita milik Allah, Ima.  Ambillah cinta dan bahagia dari sumbernya yang asal...insya-Allah kita tak akan kecewa.”

“Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: ‘ Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintai dia.’  Jibril pun mencintainya.  Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: 'Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintai dia.’ Penghuni langit pun akan mencintainya.  Kemudian ditanamkan cinta penghuni langit kepadanya.”

Maksud hadis yang dicerita oleh kakak itu tadi adalah riwayat Bukhari...meresap di dalam hati Ima.  Dia berasa semakin tenang, terasa seperti air dingin menyirami dia.

Kakak itu juga mengingatkan mengenai doa Nabi Daud a.s. tentang cinta dari riwayat Termizi. “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cinta-Mu.   Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.”

Pesan kakak itu lagi, “Yang penting, buat dulu..Apabila kita berbuat, kita akan mendapat pengalaman.  Pengalaman akan membawa kepada keyakinan.  Apabila hati telah yakin, cabaran hidup tidak akan melemahkan kita.”

Ima masuk semula ke dalam kereta.  Wajah anak-anak tergambar di fikirannya.  Kebaikan suaminya Azim terhadap dirinya mengisi fikiran.

Ima mengulang-ulang doa mohon perlindungan dari syaitan Wathin yang tugasnya menghasut orang yang sedang dilanda ujian.  Aku berlindung dengan Allah dari syaitan Wathin yang terkutuk, anak-anaknya, sekutunya dan tenteranya.

Jauh di sudut hati paling dalam, Ima mengakui belum mampu memaafkan suaminya sepenuhnya, tetapi menyimpan harapan untuk memohon kekuatan dari Allah.  Jodoh pertemuan, ajal dan maut adalah urusan Allah.  Apa yang Dia izinkan berlaku pasti berlaku dan apa yang tidak dengan izinNya tidak akan berlaku.

Allah telah menggerakkan dirinya untuk sampai ke R&R itu, diluar akal sedarnya, selamat tanpa sebarang kemalangan.  Rupanya Dia ingin ketemukan dia dengan seseorang yang membuat dia melihat kehidupan ini dari sudut pandang yang lain.

" Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud. Izinkan aku mengenal-Mu.  Tuhanku adalah Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Wadud. Pemilik hakiki cinta dan kasih sayang yang selama ini aku harapkan dari makhluk bergelar lelaki dan suami.  Dengan belas ihsan-Mu Ya Allah, kuatkan hatiku dengan kudrat-Mu untuk memulakan arah cinta yang abadi dan murni.  Urusan utamaku adalah dengan-Mu Allah, bukan dengan lelaki yang juga lemah seperti aku....."

Coretan hidup harian.....

Sumber: anis sep ‘10

Wednesday, 25 April 2012

HATI....


JAGALAH HATI... 


Hati kita cepat saja nak marah apabila dicuit sedikat masalah. Bukan tidak ada cara lain untuk mengubat hati, tetapi sudah menjadi fitrah manusia cepat melenting dan sukar untuk mengawal perasaan sendiri.  Rasulullah saw juga pernah berkata, “Sesungguhnya dalam diri manusia terdapat segumpal darah, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya.  Apabila ia buruk, maka buruklah seluruh tubuhnya (alaawahiyal qolbu) ia adalah hati.”  (HR Bukhari & Muslim.)

Manusia dilahirkan dengan hati yang suci bersih tanpa secalit noda dan dosa.  Hati seseorang itu akan menjadi baik jika pemiliknya sentiasa memeliharanya dengan baik seperti mengamalkan zikrullah serta melakukan perkara-perkara yang positif.  Sebaliknya berlaku jika soal hati tidak dijaga dengan baik. Bisikan syaitan akan sentiasa menjadi peneman.  Apa pun, tidak terlambat untuk membersihkan hati dari segala sifat amarah.  Ilmu, mujahadah dan disiplin, tiga perkara asas bagi mendapatkan hati yang cintakan kebaikan.

 ILMU:

Ilmu merupakan makanan bagi hati setiap manusia.  Untuk mendapatkan hati yang suci kita perlu mempelajari ilmu agama seperti mana yang pernah diperkatakan oleh Iman al-Ghazali, “Apabila seseorang tidak mendengar majlis ilmu sebanyak 7 hari, hatinya akan menjadi keras.  Justeru, kita harus mendidik diri supaya sentiasa cintakan majlis ilmu, mengamalkan zikir, istiqamah membaca al-Quran dan sebagainya.

MUJAHADAH:

Jangan sesekali akur dengan godaan dan bisikan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyekat kita kearah kebaikan.  Kita perlu kuatkan hati melawan dan menundukkan syaitan demi menuju jalan yang benar.

DISIPLIN:

Terapkan sifat-sifat baik ke dalam diri secara beransur-ansur untuk memastikan diri sendiri boleh menerima perubahan.  Jangan juga mengubah diri secara drastik kerana akan menyebabkan diri tidak istiqamah untuk berhijrah kearah kebaikan secara berterusan.

Bagaimana pula mendapat hati yang tenang.
1.    Memaafkan seseorang setiap kali sebelum tidur.  Tidak kira sebesar mana sekalipun kesalahan atau dosa yang mereka lakukan kepada kita. Rasulullah juga sentiasa memaafkan musuh-musuhnya.  Bahkan Allah juga mempunyai sifat pemaaf.  Jadi kenapa tidak kita?

2.  Sentiasalah memohon doa kepada Allah swt dengan tujuan orang lain juga memaafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh kita.
(ada kaitan dengan artikel di blog saya : kuyahsyedharun.blogspot.com mengenai ‘Pesanan Rasulullah kepada Aisyah sebelum tidur supaya mendapat keredhaan dari seluruh muslimin’ bertarikh 20/12/11)

3.  Amalkan membaca surah al-Insyirah.  Dengan bacaan tersebut mampu memberi ketengangan hati apabila berasa tidak tenang dan susah hati.

4.  Sentiasa mengawal lidah bercakap perkara-perkara yang tidak memberi faedah.

5.  Memelihara mata yang sangat besar fungsinya.  Elakkan diri dari melihat keaiban orang lain.  Seharusnya kita sendiri sedar yang kita juga memilik banyak kekurangan.  Tiada siapa yang memiliki kesempurnaan sepenuhnya melainkan Allah swt.

6.  Sesekali tidak salah jika kita mengenang dan mengingati kembali kebaikan yang pernah orang lakukan untuk kita.  Jangan hanya mengingati kesalahan orang lain.

(Petikan dari al Islam feb ’12.)

CANTIKNYA PEREMPUAN.....


Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, 

Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, 

Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya....

UMUR 40 TAHUN...


Umur Penentu?

Kebanyakan orang menyebut usia 40 tahun sebagai titik permulaan untuk berubah. Malah boleh dikatakan umur 40 tahun menjadi detik penentu hala tuju masa depan seseorang.  Ini adalah kerana usia 40 tahun adalah peringkat usia yang memang sudah cukup matang di sudut pemikiran, tindakan dan perubahan hingga membawa kepada natijah yang baik.

Usia tersebut juga elok diberi tumpuan untuk memperelokkan lagi apa-apa yang sudah pun sedia ada. “Tapi kalau pada usia 40 tahun baru hendak bermula, ia memerlukan kuasa penggerak yang sangat kuat lagi bertenaga. Mujur juga jika tercapai.  Bagaimana pula jika tenaga tidak mengizinkan?

Membanyakkan berbuat baik dan meninggalkan berbuat mungkar, permulaannya bukan pada titik usia 40 tahun.  Kalau hendak berpegang kepada teori barat Life begins at 40, jadikan usia itu sebagai titik mula untuk lebih memperkemaskan lagi apa yang sudah dibina.

Kata Imam al-Ghazali, tanda-tanda Allah lupakan kita ialah apabila kita sibuk kepada perkara yang tidak mendatangkan sebarang pulangan kepada kita.

Sabda Nabi saw, “ Manusia dihimpunkan di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai setitis mani, 40 hari segumpal darah, 40 hari sebagai seketul daging, 40 hari berikutnya ditentukan jantina, amalan, rezeki, syurga atau neraka.” Dan dihujung hadis tersebut Baginda saw mengingatkan, “Kamu kena ingat, ada di antara kamu yang beramal di dalam hidupnya sebagai seorang ahli syurga sehingga seorang ahli syurga melabelkan ahli syurga.  Tiba-tiba pada masa penghujung hidupnya, dia mula melakukan satu perkara yang Allah murka kepadanya menyebabkan ia mati dalam kemurkaan Allah.  Dan ada juga di kalangan kamu yang berlaku sebaliknya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Sekiranya telah dimulakan dengan baik itu, maka hendaklah kita teruskannya dan janganlah terpesong kepada sebaliknya.

Monday, 23 April 2012

BRIDGET MENEREZ'S MONDAY ARTICLE ON...


GIVING FROM THE HEART... 

It is a big thing to be a real server of people, and when done well, it nourishes the heart.

When the heart is used, there is a radiation outwards which touches other’s hearts.

We don’t need any resources to serve from the heart, we just need to be rich inside.

Rich means we have got space.  Space means an open heart.
To serve from our hearts is to give ourselves to life.  

Not your words, time or business, but ourselves.

When I am generous, I will become co-operative and enable others to become virteous through my virtues.  

The more I use my specialities this way, the more I will find them multiplying.

Full potential means our heart is open.  To have a good heart is one thing, but to give of it, to create something, is a more powerful donation.

I am able to go beyond confusion and doubt when I have a big heart.  I am never caught to find a way out.
I am never disheartened even when I encounter the negative aspects of someone.

Instead, I am able to effectively and smoothly come out of a situation.

Everyday, I remember my own essence.  If I limit the love to just one or two, it will eventually halt.

If I learn to create love inside my heart and silently give it to everyone I meet, love will grace every corner of my life.

source: Today in the sun.




Sunday, 15 April 2012

HARGAI IBU SELAGI MASIH HIDUP.


Kebajikan ibu perlu kita laksanakan sebelum ibu meminta-minta.

Istilah bukan anak kesayangan ibu, bukan menantu pilihan atau ibu melanggar perintah Allah swt bukannya alasan  bagi seseorang anak untuk menderhaka kepada ibunya.  Selagi ibu masih hidup, si anak perlu menghargai ibunya.
Saranan untuk menghargai ibu:

1. Mentaati suruhan ibu selagi tidak bercanggah dengan syarak.
Selagi mana tidak bertentangan dengan agama Islam, turut suruhan ibu kerana keberkatannya ada pada ibu.  Sebaik-baiknya, dahulukan suruhan ibu berbanding perbuatan-perbuatan sunat lain.

2.  Memuliakan, menghormati dan beradab terdahap ibu
Bagi seorang anak, selepas Allah swt dan Rasulullah swt orang yang patut dimuliakan ialah ibunya.  Jagalah adab apabila berbicara dengan ibu dan merendah dirilah apabila berhadapan dengannya walaupun ibu kita itu bukan berpelajaran tinggi seperti kita.

3.  Melakukan sesuatu yang membawa kegembiraan dan kebahgiaan kepada ibu.
Setitik air mata ibu yang disebabkan oleh sikap dan tindak-tanduk segatif anak, 10 kebajikan hilang.  Oleh itu, buatlah sesuatu yang boleh membawa kegembiraan kepada ibu.  Biarlah ibu menangis kerana gembira dengan kejayaan kita dan bukannya menangis kerana sedih.

4.  Bersabar atas perkara yang kita tidak suka, tetapi dilakukan olehnya.
Sabar ubat paling penting dalam kehidupan terutama apabila berdepan dengan kerenah ibu.  Jika ibu melakukan perkara yang tidak disukai oleh kita mahupun Allah swt, berlembutlah apabila menegurnya. Jangan sesekali menggunakan kekerasan.

5.  Mendahulukan kebajikan dan kepentingan ibu lebih daripada diri kita sendiri.
Bagi anak lelaki, ibu perlu didahulukan sebelum isteri.  Kebajikan dan kepentingan ibu tidak patut direndahkan martabatnya walaupun kita berkahwin.  Sepatutnya kebajikan ibu perlu kita laksanakan sebelum ibu meminta.

Sumber: anis mei ’11.

Saturday, 14 April 2012

PENGHAPUS AMAL...


 
Hasad ...

Sikap seseorang yang tidak bersyukur juga boleh membawa kepada sifat yang sangat dikeji iaitu sifat hasad dengki, iri hati atau jealous.  Sifat ini adalah sifat mazmumah yang dikeji. Tidak sepatutnya ada pada seorang hamba dan ia adalah satu dosa besar. 

Rasulullah saw mengingatkan bahaya sifat hasad dengki ini: “Hasad dengan itu akan memakan segala kebajikan seperti api memakan kayu api.” (Riwayat Abu Hurairah r.a.) 

Ini bermakna sifat dengki akan menghapuskan segala amal kebajikan yang dilakukan oleh seorang hamba, sia-sia sahaja amalan kebajikan yang dilakukan. Bertahun-tahun berbuat baik pada orang lain, maka sia-sia sahaja amalan, hangus dan hapus sama sekali.  Tidak guna sakit hati pada orang lain kerana yang terbakar adalah diri sendiri.  Orang yang dengki tidak pernah tenang dan tenteram.  Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah-gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya.

Iman Ghazali menjelaskan hakikat dengki itu ialah seseorang mengharapkan hilangnya nikmat yang ada pada orang itu sama ada nikmat dunia atau nikmat  agama atau mengharapkan orang lain ditimpa bala atau musibah, atau dalam perkataan lain dia rasa tidak senang hati atas kesenangan, nikmat, kebahagiaan, kejayaan yang dikecapi orang lain.

Sifat ini lahir dari hati yang busuk dan kotor serta hati yang sudah rosak, lalu lahirlah tindakan-tindakan yang sangat bukur seperti firnah dan tindakan-tindakan lain yang tidak baik semata-mata untuk memuaskan hati dan perasaan mereka.  Mereka berasa puas hati apabila orang lain menjadi susah, sakit, gagal atau ditimpa bencara dan musibah.

Islam menyarankan kita agar hidup harmoni, hormat-menghormati dan jauh dari hasad dengki.

Sabda Rasulullah saw dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas r.a., “Janganlah kamu dengki-mendengki, memutuskan silatusrahim, bermarah-marahan, pulau memulau tetapi jadilah hamba Allah yang bersaudara.”

Rasa iri hati yang dibolehkan ialah:
 
1. Iri hati terhadap orang yang dikurniakan harta dan dia selalu menginfakkannya pada malam dan siang hari pada jalan yang diredhai Allah.

2. Iri hati terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu dia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya pada manusia lain.

Kedua-dua ‘dengki’ ini dibolehkan kerana sifat dengki tersebut tiada perasaan supaya nikmat itu dihilangkan daripada orang lain malah ia akan melahirkan orang yang sentiasa berlumba-lumba dalam kebaikan, menjadi kaya untuk berbuat kebajikan, berilmu agar dapat memanfaatkan ilmu tersebut untuk diri dan orang lain. Itu adalah satu kedengkian yang diharuskan.

Seandainya kita banyak bersyukur kepada Allah swt Alhamdullilah, atau sekiranya banyak dengkinya kita kepada orang.....astaghfirullah...

SAYANG ISTERI...KASIHKAN IBU.


Sempena Sambutan Hari Ibu di sebuah hotel,  seorang pakar motivasi dijemput memberi ceramah.  Beliau bertanya kepada beberapa lelaki yang duduk di meja paling depan, “ Siapakah wanita yang paling anda sayangi?’  masing-mesing menunjukan ke arah isteri masing-masing yang duduk di sebelah. 

 “Mak masih ada?” Tanya pakar motivasi itu.  Mereka mengangguk.

“Setiap anak lelaki, setiap anak perempuan yang belum berkahwin, selagi ibu masih hidup, ibulah wanita pertama yang bertahta di hati kita, ibulah insan yang mesti dicinta, dikasihi sehebat-hebatnya. 

Perbetulkan balik niat kasih anda supaya hidup anda  dalam keberkatan Allah sebab ini perintah dari Allah. Di dalam al-Quran. Rasulullah saw juga telah mengingati kita tiga kali berturut-turut kewajipan mentaati ibu, kemudian barulah bapa.”

Begitulah hidup manusia, apabila telah datang insana lain yang kita rasa sudah mampu menyenangkan hati dan ‘kocek’ kita,kita rasa keutamaan segala-galanya harus diberikan kepadanya sehingga terlepas pandang atau boleh berala kadar dalam memberi kasih  kepada ibu.  Lebih malang lagi, ramai anak lebih mengharapkan ibu faham situasi mereka apabila telah berumah tangga, yang perlu lebih mengasihi isteri.

Sememangnya sifat seorang ibu selalu berkorban segala-galanya untuk anak-anak, malah telah bersedia menerima seadanya layanan anak apabila mereka telah berumah tangga. Apa yang selalu ibu katakan kepada si anak, “ Mak tak nak minta apa-apa.  Mak harap kamu jaga isteri kamu baik-baik, jaga keluarga kamu baik-baik.  Mak doakan keluarga kamu menjadi orang soleh, boleh doakan mak apabila mak dah tak ada nanti.”

Murninya bicara seorang ibu.  Harga kesolehan keluarga yang bakal dibina oleh anak dan menantu menjadi taruhannya untuk dia sejahtera ke alam barzakh. 

Namun anak mesti faham, cinta yang utama tetap kepada Allah, Rasul dan ibu.  Kasih dan bakti kepada ibu perlu diletakkan di tempat paling atas.

Kepada para suami, menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik dan mengajak isteri untuk meraikan ibu mentua (ibu kepada suami) dan menjaga hatinya.  Sesungguh menjadi kewajipan suami menggalakkan isteri memuliakan ibunya mengikut cara yang telah Allah anjurkan seperti bercakap dengan sopan dan menunjukkan akhlak yang baik ketika bersama ibu.  Perana suami yang membimbing isteri menjadi isteri solehah sangat membantu ibu makin kasih kepada anak lelaki dan keluarga.

Kepada para isteri, jangan bangga kalau suami sanggup berhabis-habisan memberi perbagai kemewahan kepada kita, bimbang kalau-kalau kerana terlalu memenuhi perbagai hajat kita itu, suami kita tiada masa menjenguk atau bertanya khabar tentang ibu.  Hal ini boleh meletakkan diri suami dalam kederhakaan yang tidak disedari, kerana suami terpaksa berkira-kira dalam memberi khidmat dan mencurah kasih sayang kepada si ibu.  Jangan sampai  anak terputus hubungan rohani (hati) dengan si ibu.  Ingatlah Allah boleh beri nikmat kesenangan sebanyak-banyaknya kepada kita atas apa yang kita usahakan, tetapi tidak ada nilai berkat andai kita lupa kepada ibu yang telah banyak berjasa kepada kita.

Oleh itu carilah redha ibu selalu, ambillah iktibar kisah Al-Qamah pada zaman Rasulullah saw yang terleka melayan karenah isteri sehingga terlepas pandang meraikan ibunya.  Akhirnya si ibu berkecil hati, menyebabkan al-Qamah susah mengucap kalimah syahadah semasa hendak meninggal dunia. Nabi saw perintahkan dibuat unggun api untuk membakar mayat al Qamah kerana mengecilkan hati ibunya.  Begitu tegasnya Nabi saw dalam soal kederhakaan seorang anak kepada ibu kerana syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.  Hierarki ketaatan seorang anak ialah kepada Allah swt, Rasulullah saw dan ibu.

Kepada para-para isteri, mari kita jadikan diri kita sebagai isteri yang mempermudahkan urusan suami dalam berbakti kepada ibu.  Mudah-mudahan kita menjadi isteri dan menantu solehah.  Yakinlah bahawa apabila kita mempermudahkan suami menggembirakan ibunya, itu petanda Allah meredhai kita dan insya-Allah akan dipermudahkan pula anak-anak mentaati kita yang juga bergelar ibu.

Sumber: Anis mei ’11.

HENDAK SERIBU DAYA....


Tanpa Cahaya ilmu pengetahuan, maka akal dan hati akan berterusan dikuasai kegelapan., dilingkungi kebodohan dan terhalang memperolehi hidayah buat selama-lamanya.  Lalu ilmu apakah yang dapat menerangai dan mencerahkan akal dan jiwa manusia dengan sahaya? Itulah ilmu yang dinamakan ‘Ilman Ni-fi’an’, iaitu ilmu yang bermanfaat dan dapat dimanfaatkan pula oleh pemiliknya.

Ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk meraih maslahat ataupun kebaikan hidup beragamanya, membangunkan kesejahteraan ukhrawi dan duniawinya serta membentuk kemuliaan dirinya sendiri.  Ilmu yang bermanfaat juga adalah ilmu yang dapat menghantar dan menyampaikan seseorang hamba kepada makrifatullah yakni pengenalan terhadap Allah selaku Penciptanya, sumber dan Pemilik mutlak segala penciptaan, anugerah, keagungan, kebesaran serta hukum alam.

Segala nikmat yang manusia perolehi, apa saja pengetahuan yang dimiliki olehnya ada tempat kembalinya – iaitu dari Allah swt.
Demikian juga, sumber segala pengetahuan yang dimiliki manusia tak kira sepandai mana pun dia adalah daripada Allah swt Yang Maha Mengetahui.  Firman-Nya sudah cukup mengingatkan kita, “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk.)” (Surah A-’Alaq:1)

Perjalanan hidup kita dan alam seluruhnya berada di dalam genggaman, tadbir, ilmu, kehendak, takdir dan kekuasaan Allah Yang Maha Esa.

Maka dengan itu, perbanyakanlah bersyukur kepada Allah swt di atas nikmat hidup yang telah diberikan kepada kita.

Friday, 13 April 2012

JAGALAH HATI..


Hati kita cepat saja nak marah apabila dicuit sedikit masalah. Bukan tidak ada cara lain untuk mengubat hati, tetapi sudah menjadi fitrah manusia cepat melenting dan sukar untuk mengawal perasaan sendiri.  Rasulullah saw juga pernah berkata, “Sesungguhnya dalam diri manusia terdapat segumpal darah, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya.  Apabila ia buruk, maka buruklah seluruh tubuhnya (alaawahiyal qolbu) ia adalah hati.”  (HR Bukhari dan Muslim.)

Manusia dilahirkan dengan hati yang suci bersih tanpa secalit noda dan dosa.  Hati seseorang itu akan menjadi baik jika pemiliknya sentiasa memeliharanya dengan baik seperti mengamalkan zikrullah serta melakukan perkara-perkara yang positif.  Sebaliknya berlaku jika soal hati tidak dijaga dengan baik. Bisikan syaitan akan sentiasa menjadi peneman.  Apa pun, tidak terlambat untuk membersihkan hati dari segala sifat amarah.  Ilmu, mujahadah dan disiplin, tiga perkara asas bagi mendapatkan hati yang cintakan kebaikan.

ILMU: 
Ilmu merupakan makanan bagi hati setiap manusia.  Untuk mendapatkan hati yang suci kita perlu mempelajari ilmu agama seperti mana yang pernah diperkatakan oleh Iman al-Ghazali, “Apabila seseorang tidak mendengar majlis ilmu sebanyak 7 hari, hatinya akan menjadi keras.  Justeru, kita harus mendidik diri supaya sentiasa cintakan majlis ilmu, mengamalkan zikir, istiqamah membaca al-Quran dan sebagainya.

MUJAHADAH:
Jangan sesekali akur dengan godaan dan bisikan syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyekat kita kearah kebaikan.  Kita perlu kuatkan hati melawan dan menundukkan syaitan demi menuju jalan yang benar.

 DISIPLIN:
Terapkan sifat-sifat baik ke dalam diri secara beransur-ansur untuk memastikan diri sendiri boleh menerima perubahan.  Jangan juga mengubah diri secara drastik kerana akan menyebabkan diri tidak istiqamah untuk berhijrah kearah kebaikan secara berterusan.

Bagaimana pula mendapat hati yang tenang.

  • Memaafkan seseorang setiap kali sebelum tidur.  Tidak kira sebesar mana sekalipun kesalahan atau dosa yang mereka lakukan kepada kita. Rasulullah juga sentiasa memaafkan musuh-musuhnya.  Bahkan Allah juga mempunyai sifat pemaaf.  Jadi kenapa tidak kita?  

  • Sentiasalah memohon doa kepada Allah swt dengan tujuan orang lain juga memaafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh kita.
(rujuk artikel di blog saya : kuyahsyedharun.blogspot.com mengenai ‘Pesanan Rasulullah kepada Aisyah sebelum tidur supaya mendapat keredhaan dari seluruh muslimin’ bertarikh 20/12/11) 

  • Amalkan membaca surah al-Insyirah.  Dengan bacaan tersebut mampu memberi ketengangan hati apabila berasa tidak tenang dan susah hati. 

  • Sentiasa mengawal lidah bercakap perkara-perkara yang tidak memberi faedah.
  • Memelihara mata yang sangat besar fungsinya.  Elakkan diri dari melihat keaiban orang lain.  Seharusnya kita sendiri sedar yang kita juga memilik banyak kekurangan.  Tiada siapa yang memiliki kesempurnaan sepenuhnya melainkan Allah swt.

  • Sesekali tidak salah jika kita mengenang dan mengingati kembali kebaikan yang pernah orang lakukan untuk kita.  Jangan hanya mengingati kesalahan orang lain.


(Petikan dari al Islam feb ’12.)
























1