Welcome to my world....... A blog of my heart. The next time you are on your keyboard, do browse thru' my blog and find the time to read my posts. . Comments and opinions are most appreciated.......Thanks for dropping by..

Saturday, 14 April 2012

PENGHAPUS AMAL...


 
Hasad ...

Sikap seseorang yang tidak bersyukur juga boleh membawa kepada sifat yang sangat dikeji iaitu sifat hasad dengki, iri hati atau jealous.  Sifat ini adalah sifat mazmumah yang dikeji. Tidak sepatutnya ada pada seorang hamba dan ia adalah satu dosa besar. 

Rasulullah saw mengingatkan bahaya sifat hasad dengki ini: “Hasad dengan itu akan memakan segala kebajikan seperti api memakan kayu api.” (Riwayat Abu Hurairah r.a.) 

Ini bermakna sifat dengki akan menghapuskan segala amal kebajikan yang dilakukan oleh seorang hamba, sia-sia sahaja amalan kebajikan yang dilakukan. Bertahun-tahun berbuat baik pada orang lain, maka sia-sia sahaja amalan, hangus dan hapus sama sekali.  Tidak guna sakit hati pada orang lain kerana yang terbakar adalah diri sendiri.  Orang yang dengki tidak pernah tenang dan tenteram.  Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah-gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya.

Iman Ghazali menjelaskan hakikat dengki itu ialah seseorang mengharapkan hilangnya nikmat yang ada pada orang itu sama ada nikmat dunia atau nikmat  agama atau mengharapkan orang lain ditimpa bala atau musibah, atau dalam perkataan lain dia rasa tidak senang hati atas kesenangan, nikmat, kebahagiaan, kejayaan yang dikecapi orang lain.

Sifat ini lahir dari hati yang busuk dan kotor serta hati yang sudah rosak, lalu lahirlah tindakan-tindakan yang sangat bukur seperti firnah dan tindakan-tindakan lain yang tidak baik semata-mata untuk memuaskan hati dan perasaan mereka.  Mereka berasa puas hati apabila orang lain menjadi susah, sakit, gagal atau ditimpa bencara dan musibah.

Islam menyarankan kita agar hidup harmoni, hormat-menghormati dan jauh dari hasad dengki.

Sabda Rasulullah saw dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas r.a., “Janganlah kamu dengki-mendengki, memutuskan silatusrahim, bermarah-marahan, pulau memulau tetapi jadilah hamba Allah yang bersaudara.”

Rasa iri hati yang dibolehkan ialah:
 
1. Iri hati terhadap orang yang dikurniakan harta dan dia selalu menginfakkannya pada malam dan siang hari pada jalan yang diredhai Allah.

2. Iri hati terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu dia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya pada manusia lain.

Kedua-dua ‘dengki’ ini dibolehkan kerana sifat dengki tersebut tiada perasaan supaya nikmat itu dihilangkan daripada orang lain malah ia akan melahirkan orang yang sentiasa berlumba-lumba dalam kebaikan, menjadi kaya untuk berbuat kebajikan, berilmu agar dapat memanfaatkan ilmu tersebut untuk diri dan orang lain. Itu adalah satu kedengkian yang diharuskan.

Seandainya kita banyak bersyukur kepada Allah swt Alhamdullilah, atau sekiranya banyak dengkinya kita kepada orang.....astaghfirullah...

No comments:

Post a Comment