Kebajikan ibu perlu kita laksanakan sebelum ibu meminta-minta.
Istilah bukan anak
kesayangan ibu, bukan menantu pilihan atau ibu melanggar perintah Allah swt
bukannya alasan bagi seseorang anak
untuk menderhaka kepada ibunya. Selagi
ibu masih hidup, si anak perlu menghargai ibunya.
Saranan untuk
menghargai ibu:
1. Mentaati
suruhan ibu selagi tidak bercanggah dengan syarak.
Selagi mana tidak bertentangan
dengan agama Islam, turut suruhan ibu kerana keberkatannya ada pada ibu. Sebaik-baiknya, dahulukan suruhan ibu
berbanding perbuatan-perbuatan sunat lain.
2. Memuliakan,
menghormati dan beradab terdahap ibu
Bagi seorang anak, selepas Allah swt
dan Rasulullah swt orang yang patut dimuliakan ialah ibunya. Jagalah adab apabila berbicara dengan ibu dan
merendah dirilah apabila berhadapan dengannya walaupun ibu kita itu bukan
berpelajaran tinggi seperti kita.
3. Melakukan
sesuatu yang membawa kegembiraan dan kebahgiaan kepada ibu.
Setitik air mata ibu yang disebabkan
oleh sikap dan tindak-tanduk segatif anak, 10 kebajikan hilang. Oleh itu, buatlah sesuatu yang boleh membawa
kegembiraan kepada ibu. Biarlah ibu
menangis kerana gembira dengan kejayaan kita dan bukannya menangis kerana
sedih.
4. Bersabar
atas perkara yang kita tidak suka, tetapi dilakukan olehnya.
Sabar ubat paling penting dalam
kehidupan terutama apabila berdepan dengan kerenah ibu. Jika ibu melakukan perkara yang tidak disukai
oleh kita mahupun Allah swt, berlembutlah apabila menegurnya. Jangan sesekali menggunakan kekerasan.
5. Mendahulukan
kebajikan dan kepentingan ibu lebih daripada diri kita sendiri.
Bagi anak lelaki, ibu perlu didahulukan sebelum
isteri. Kebajikan dan kepentingan ibu
tidak patut direndahkan martabatnya walaupun kita berkahwin. Sepatutnya kebajikan ibu perlu kita
laksanakan sebelum ibu meminta.
Sumber: anis mei
’11.
No comments:
Post a Comment