Welcome to my world....... A blog of my heart. The next time you are on your keyboard, do browse thru' my blog and find the time to read my posts. . Comments and opinions are most appreciated.......Thanks for dropping by..

Wednesday, 4 April 2012

IZINKAN AKU BAHAGIA...1.


Coretan hidup seorang isteri yang tidak redha dimadukan.....

Terbaca artikel ini dari sebuah majalah mengenai soal jawab di antara seorang isteri  dengan perunding motivasi.  Ceritanya begini:

Semasa menunaikan fardhu haji tahun lepas, si isteri telah diberitahu oleh suaminya bahawa dia telah dimadukan.  Sejak dari itu, si isteri timbul perasaan benci, tawar dan banyak memendam diri.  Sebelum itu, si isteri banyak membantu suami didalam urusan businessnya.  Selepas itu, si isteri tidak lagi membantu suaminya.  Untuk mententeramkan jiwa, si isteri banyak mengaji AlQuran dan bertahajjud. Hati si isteri meronta-ronta  memohon untuk  dilepaskan dari ikatan kerana tidak mahu menanggung dosa, kerana tidak dapat melayan suami dengan ikhlas seperti dahulu.  Si isteri juga tahu bahawa untuk memohon berpisah juga adalah melakukan dosa.

Jawapan dari perunding motivasi – moga si isteri diberi kekuatan hebat untuk menghadapi ujian Allah.  Sungguh dia wanita terpilih.

“Allah menguji, tapi puan masih kuat!  Masih boleh membaca al-Quran, masih bangun bertahajjud.  Segala puji bagi Allah memberi kekuatan kepada puan sedangkan ramai di luar sana memilih jalan yang salah ketika diuji.  Tahniah!  Subhanallah!

Apakah jaminan yang puan ada seandainya puan bercerai dengan suami?  Adakah puan lebih tenang?  Lebih bahagia?  Adakah puan boleh bergelak ketawa dan melupakan yang suami puan telah memadukan puan?  Adakah puan akan gembira dengan status janda?

Jika puan boleh memberikan saya jaminan atas semua perkara ini, yakni puan akan sangat bahagia selepas bercerai, saya sangat berbesar hati jika puan bercerai.  Sebab?  Saya akan sangat bahagia apabila puan bahagia.  Tetapi jika puan tidak ada apa-apa jaminan atas perceraian itu, maka hentikanlah berfikir untuk bercerai!

Kita sebagai hamba Allah, akan sentiasa diuji-Nya.  Cuma ujian itu berbeza antara seorang dengan orang yang lain.  Sebenarnya Allah nak usik sikit saja dari hidup puan yang penuh nikmat, Allah cuit sikit saja.  Ini ujian hati, ujian redha.  Redha ini amat payah dirasakan.

Salman al-Farisi and Abu Darda adalah sabahat kesayangan Nabi.  Suatu hari, Salman meminta Abu Darda untuk berjumpa ayah seorang wanita dan meminang wanita tersebut bagi pihaknya.  Sebaliknya Abu Darda pula ‘terkahwin’ dengan wanita itu atas desakan dan permintaan bersungguh dari ayah wanita  tersebut.

 “Wahai Salman, maafkanlah aku kerana aku telah mengahwini dia,” kata Abu Darda penuh rasa bersalah.

Salman membalas penuh iman, “Wahai Abu Darda, akulah yang seharusnya meminta maaf darimu kerana aku bercita-cita mengahwini wanita yang Allah telah pilih dan tetapkan di Luh Mahfudz lagi sebagai isterimu!  Maafkanlah aku.”

Allah telah tetapkan di Luh Mahfudz bahawa puan akan dimadukan. Siapa puan untuk melawan ketetapan Allah?  Telah tertulis, telah tercop segala-galanya akan jadi begitu!  Apabila kita sedar, semua sudah tertulis di Luh Mahfudz, kita tidak akan bertanya, “WHY ME?’

Saya tidak dapat bantu puan tapi Allah dapat bantu.  Isteri-isteri Nabi dahulu, masya-Allah, cemburunya sangat kuat.  Begitulah fitrah, kita rasa cemburu apabila ada orang lain yang suami kita sayang.  Tetapi ingat, sekalipun cemburunya isteri-isteri Nabi, iman mereka masya-Allah, kuat dan hebat! Sebab ape? Sebab mereka isteri Nabi?  Oh, tidak!  Sebab Allah nak menunjukkan cemburu itu tidak salah.  Allah nak menunjukkan isteri-isteri Nabi pun wanita biasa yang punya sifat cemburu, tetapi tidaklah sampai ‘cemburu’ dan ‘jauh hati’ itu membunuh semua keihklasan hati sehingga rasa hambar, tidak ada kasih sayang dan mahu bercerai!  Itu cara yang salah (melainkan suami kita sememangnya jahat, maka wajarlah perceraian sebagai jalan keluar terakhir.)

Pada ketika itu iblis bergayut-gayut di telinga puan, berharap puan bercerai.  Setiap hari iblis kikis semua kasih sayang, kebaikan dan cinta puan.  Setiap hari iblis memenuhi hati untuk rosakan jiwa puan.  Selepas bercerai nanti, tiga hari tiga malam, iblis ini akan buat kenduri meraikan sebuah kehancuran rumah tangga!  Ketika itu, puan telah diperdayakan!  Janganlah sekali-kali ditumpaskan iblis!

Di mana puan yang baik hati dahulu?  Di mana puan yang penyayang dahulu?  Di mana puan yang penuh kasih sayang dahulu?  Di mana puan pencinta terhebat dahulu?  Di mana puan yang melayan suami dengan penuh ikhlas dahulu?  Di mana puan yang membantu suami dengan penuh setia dahulu? ‘Puan yang dahulu’ masih hidup dalam diri puan, Cuma dia sedang ‘sakit’!  Bangkitlah! Jangan tertipu dengan emosi.

Saya jamin suami puan kahwin lain bukan sebab dia tidak sayangkan puan!  Demi Allah tidak!  Dia sangat sayangkan puan.  Tetapi Allah ciptakan fitrah  lelaki begitu. Lelaki boleh menyayangi ramai wanita dalam satu masa.  Fitrah perempuan pula, kita hanya mampu menyayangi satu lelaki dalam satu masa.

Sujudlah pada Allah, mohon Allah beri redha pada puan.  Ingat! Suami bukan milik kekal puan.  Suami ‘pinjaman’ sahaja.  Sementara dia masih ‘dipinjamkan’, buatlah yang terbaik.  Layan dia sehabis baik, senyum sehabis manis, berbakti sebaik-baiknya!  Gembira sungguh-sungguh!  Nikmati sisa-sisa hidup yang tinggal dengan penuh bahagia!  Bukan suami yang kita nak kejarkan tapi syurga  nan abadi!

Pilihlah jalan yang puan mahukan.  REDHA.  Cara mendapatkannya ialah apabila kita sedar, selama ini kita banyak membazir masa menangisi sesuatu yang tidak ada faedah untuk ditangisi; sedangkan kita sewajarnya menghabiskan masa yang tertinggal untuk ketawa dan bahagia!

Apabila kita terima, lapang dada, sedar Allah yang buat semua ini, ingat balik semua kebaikan suami, maka kita akan redha.  Tetapkan bangun malam dan berzikir.

Takkanlah Allah tergamak menganiayai diri kita!  Bersyukurlah masih punya seorang suami yang terbaik Allah kurniakan untuk kita! Subhanallah!

Sumber: anis ’11.

No comments:

Post a Comment