JAGALAH
HATI...
Hati
kita cepat saja nak marah apabila dicuit sedikat masalah. Bukan tidak ada cara
lain untuk mengubat hati, tetapi sudah menjadi fitrah manusia cepat melenting
dan sukar untuk mengawal perasaan sendiri.
Rasulullah saw juga pernah berkata, “Sesungguhnya dalam diri manusia
terdapat segumpal darah, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya. Apabila ia buruk, maka buruklah seluruh
tubuhnya (alaawahiyal qolbu) ia adalah hati.”
(HR Bukhari & Muslim.)
Manusia
dilahirkan dengan hati yang suci bersih tanpa secalit noda dan dosa. Hati seseorang itu akan menjadi baik jika
pemiliknya sentiasa memeliharanya dengan baik seperti mengamalkan zikrullah
serta melakukan perkara-perkara yang positif.
Sebaliknya berlaku jika soal hati tidak dijaga dengan baik. Bisikan
syaitan akan sentiasa menjadi peneman.
Apa pun, tidak terlambat untuk membersihkan hati dari segala sifat
amarah. Ilmu, mujahadah dan disiplin,
tiga perkara asas bagi mendapatkan hati yang cintakan kebaikan.
ILMU:
Ilmu
merupakan makanan bagi hati setiap manusia.
Untuk mendapatkan hati yang suci kita perlu mempelajari ilmu agama
seperti mana yang pernah diperkatakan oleh Iman al-Ghazali, “Apabila seseorang
tidak mendengar majlis ilmu sebanyak 7 hari, hatinya akan menjadi keras. Justeru, kita harus mendidik diri supaya
sentiasa cintakan majlis ilmu, mengamalkan zikir, istiqamah membaca al-Quran
dan sebagainya.
MUJAHADAH:
Jangan
sesekali akur dengan godaan dan bisikan syaitan yang sentiasa berusaha untuk
menyekat kita kearah kebaikan. Kita
perlu kuatkan hati melawan dan menundukkan syaitan demi menuju jalan yang
benar.
DISIPLIN:
Terapkan
sifat-sifat baik ke dalam diri secara beransur-ansur untuk memastikan diri
sendiri boleh menerima perubahan. Jangan
juga mengubah diri secara drastik kerana akan menyebabkan diri tidak istiqamah
untuk berhijrah kearah kebaikan secara berterusan.
Bagaimana
pula mendapat hati yang tenang.
1.
Memaafkan
seseorang setiap kali sebelum tidur.
Tidak kira sebesar mana sekalipun kesalahan atau dosa yang mereka
lakukan kepada kita. Rasulullah juga sentiasa memaafkan musuh-musuhnya. Bahkan Allah juga mempunyai sifat
pemaaf. Jadi kenapa tidak kita?
2. Sentiasalah memohon doa kepada
Allah swt dengan tujuan orang lain juga memaafkan segala kesalahan yang
dilakukan oleh kita.
(ada
kaitan dengan artikel di blog saya : kuyahsyedharun.blogspot.com mengenai ‘Pesanan Rasulullah kepada Aisyah sebelum
tidur supaya mendapat keredhaan dari seluruh muslimin’ bertarikh 20/12/11)
3. Amalkan membaca surah al-Insyirah. Dengan bacaan tersebut mampu memberi
ketengangan hati apabila berasa tidak tenang dan susah hati.
4. Sentiasa mengawal lidah bercakap
perkara-perkara yang tidak memberi faedah.
5. Memelihara mata yang sangat besar
fungsinya. Elakkan diri dari melihat
keaiban orang lain. Seharusnya kita
sendiri sedar yang kita juga memilik banyak kekurangan. Tiada siapa yang memiliki kesempurnaan
sepenuhnya melainkan Allah swt.
6. Sesekali tidak salah jika kita
mengenang dan mengingati kembali kebaikan yang pernah orang lakukan untuk
kita. Jangan hanya mengingati kesalahan
orang lain.
(Petikan
dari al Islam feb ’12.)
No comments:
Post a Comment