Aku,
Lelaki
Dan Cinta....
Kisah seorang
isteri yang kecewa dengan perangai suaminya yang lebih mementingkan kerjaya,
keretanya dan ada pula menyimpan kekasih lain. Merasakan dirinya bermadu dengan
kereta dan peranannya hanyalah sebagai
pengasuh kepada anak-anaknya. Setiap kali si isteri membuka mulut ingin
meluahkan perasaan dan ingin mengingatkan kembali harapan-harapan yang mereka
sulam sebelum berkahwin, si suami akan meninggikan suara dengan berkata “ Apa
lagi ni..apa lagi yang tak cukup?” Si
isteri akan menangis, makan hati, rasa seperti pengemis cinta kepada orang yang
sepatutnya memberi cintanya kepadanya dengan hati terbuka.
Si suami
akan menjauhkan diri apabila menjawab telefon dan bercakap lama. Suatu hari si isteri telah membuka handset si
suami dan memanggil nombor yang paling banyak di buat oleh si suami. Ternyata si suami ada menyimpan kekasih di
luar.
Selepas
menghantar anak ke sekolah, si isteri telah memandu tanpa hala tuju dan
berhenti di R&R. Meletak kereta
berdekatan dengan surau dan terus masuk ke surau, menangis teresak-esak. Tiba-tiba dia ditanya oleh seseorang kenapa
bersedih. Tanpa segan silu, dia
meluahkan isi hatinya kepada orang itu.
“Jadi Ima
harapkan suami dapat memberikan kebahagiaan dan cinta?” Jawah Ima, “ Ya kak. Dia segala-galanya bagi saya.”
“Bagaimana
mungkin, Ima. Suami Ima, atau mana-mana
manusia tidak mungkin mampu memberikan kebahagiaan dan cinta. Untuk dirinya sendiri pun dia mengharapkannya
dari orang lain.” Jawab kakak itu.
“Kenapa
kakak kata begitu? Kakak tak kenal suami saya.” Tanya Ima.
“Kakak tak
kenal suami Ima, Tapi tidak banyak
bezanya dengan manusia lain. Kenapa dia
ada wanita lain? Kerana dia juga
mengharapkan kebahagiaan itu diberi oleh orang lain. Dia pun tak dapat bahagiakan diri
sendiri..kenapa Ima letakkan seluruh harapan pada dia? Soal material mungkin dia boleh berikan. Tapi soal bahagia dan cinta adalah soal
hati.”
“Habis, saya
tidak akan bahagia dengan suami?” Tanya Ima.
“Boleh. Tapi mintalah bahagia itu daripada Pemilik
cinta dan bahagia.”
“Maksud
kakak?”
“Ima, cuba
jawab soalan kakak. Di mana Ima letakkan
Allah dalam pencarian cinta Ima? Selama
ini, suami atau Allah yang lebih Ima utamakan?
Jika Pemilik cinta diketepikan, peminjam cinta dijulang-julang,
bagaimana kita dapat berasa bahagia? Hati kita milik Allah, Ima. Ambillah cinta dan bahagia dari sumbernya
yang asal...insya-Allah kita tak akan kecewa.”
“Apabila Allah
mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: ‘ Sesungguhnya Allah
mencintai Fulan, maka cintai dia.’
Jibril pun mencintainya. Kemudian
Jibril berseru kepada penghuni langit: 'Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka
kalian cintai dia.’ Penghuni langit pun akan mencintainya. Kemudian ditanamkan cinta penghuni langit
kepadanya.”
Maksud hadis
yang dicerita oleh kakak itu tadi adalah riwayat Bukhari...meresap di dalam
hati Ima. Dia berasa semakin tenang,
terasa seperti air dingin menyirami dia.
Kakak itu
juga mengingatkan mengenai doa Nabi Daud a.s. tentang cinta dari riwayat
Termizi. “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta
orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat
menghantarku kepada cinta-Mu. Ya Allah,
jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air
dingin.”
Pesan kakak
itu lagi, “Yang penting, buat dulu..Apabila kita berbuat, kita akan mendapat
pengalaman. Pengalaman akan membawa
kepada keyakinan. Apabila hati telah
yakin, cabaran hidup tidak akan melemahkan kita.”
Ima masuk
semula ke dalam kereta. Wajah anak-anak
tergambar di fikirannya. Kebaikan
suaminya Azim terhadap dirinya mengisi fikiran.
Ima
mengulang-ulang doa mohon perlindungan dari syaitan Wathin yang tugasnya
menghasut orang yang sedang dilanda ujian.
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan Wathin yang terkutuk,
anak-anaknya, sekutunya dan tenteranya.
Jauh di
sudut hati paling dalam, Ima mengakui belum mampu memaafkan suaminya
sepenuhnya, tetapi menyimpan harapan untuk memohon kekuatan dari Allah. Jodoh pertemuan, ajal dan maut adalah
urusan Allah. Apa yang Dia izinkan
berlaku pasti berlaku dan apa yang tidak dengan izinNya tidak akan berlaku.
Allah telah
menggerakkan dirinya untuk sampai ke R&R itu, diluar akal sedarnya, selamat
tanpa sebarang kemalangan. Rupanya Dia
ingin ketemukan dia dengan seseorang yang membuat dia melihat kehidupan ini dari
sudut pandang yang lain.
" Ya Allah, Ya
Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud. Izinkan aku mengenal-Mu. Tuhanku adalah Ar-Rahman, Ar-Rahim,
Al-Wadud. Pemilik hakiki cinta dan kasih sayang yang selama ini aku harapkan dari
makhluk bergelar lelaki dan suami.
Dengan belas ihsan-Mu Ya Allah, kuatkan hatiku dengan kudrat-Mu untuk
memulakan arah cinta yang abadi dan murni.
Urusan utamaku adalah dengan-Mu Allah, bukan dengan lelaki yang juga
lemah seperti aku....."
Coretan
hidup harian.....
Sumber: anis
sep ‘10
No comments:
Post a Comment